Impian Emas, 16 Ogos 2025 – Tadika Agama Johor Impian Emas telah meriah dengan penganjuran Fun Run sejauh 1.5km bersempena Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan.
Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi ini telah dirasmikan oleh Ustazah Hajah Safora Binti Ibrahim. Beliau dalam ucapannya menekankan kepentingan memupuk semangat patriotisme sejak usia kecil.
Acara larian santai ini telah disertai oleh murid-murid tadika, ibu bapa, serta pelajar dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Suasana penuh keceriaan dengan kibaran Jalur Gemilang dan sorakan “Merdeka!” bergema di sekitar kawasan tadika.
Selepas Fun Run, peserta menikmati jamuan ringan, disusuli pelancaran rasmi Bulan Kemerdekaan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh anak-anak tadika.
Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi dengan penuh semangat kebersamaan dan cinta kepada negara.
No comments:
Post a Comment