PENDAFTARAN TADIKA AGAMA JOHOR SESI 2027
Pendaftaran Pelajar Tadika Agama Johor 2026 Dibuka Mulai 1 Mei
Ibu bapa dan penjaga di seluruh negeri Johor dijemput untuk mendaftarkan anak-anak ke Tadika Agama Johor bagi sesi kemasukan tahun 2026. Pendaftaran ini akan dibuka bermula **1 Mei 2026 hingga 31 Julai 2026**.
Program Tadika Agama Johor merupakan inisiatif penting dalam memberikan pendidikan asas agama Islam kepada kanak-kanak sejak usia awal, selaras dengan usaha membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Syarat Kelayakan
* Kanak-kanak mestilah *berumur 6 tahun pada tahun 2027*
* Terbuka kepada warganegara Malaysia
Lokasi Tadika
Pendaftaran dibuka disekolah-sekolah yang mempunyai Tadika Agama Johor di seluruh negeri.
Dokumen Diperlukan
Sila sediakan dokumen berikut semasa pendaftaran:
* Salinan sijil kelahiran anak
* Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga
* Gambar berukuran pasport
* Dokumen sokongan lain (jika diperlukan oleh pihak sekolah)
Cara Pendaftaran
Pendaftaran boleh dilakukan dengan:
* Mengunjungi sekolah yang menawarkan Tadika Agama Johor secara terus, atau
* Mengikuti kaedah yang ditetapkan oleh pihak sekolah masing-masing
Maklumat Tambahan
Ibu bapa digalakkan untuk mendaftar lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan memandangkan tempat adalah terhad di setiap lokasi.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak sekolah berdekatan atau pejabat agama daerah masing-masing.
---
Rebut peluang ini untuk memberikan asas pendidikan agama yang terbaik kepada anak anda. Daftarkan mereka di Tadika Agama Johor hari ini!
Tadika Agama Johor,
Bahagian Pendidikan,
Tingkat 4, Blok B,
Pusat Islam Iskandar,
80990 Johor Bahru,
Johor.
Tentang Kami
- Tadika Agama Johor
- Johor Bahru, Johor Bahru, Malaysia
- Tadika Agama Johor, Bahagian Pendidikan, Tingkat 4, Blok B, Pusat Islam Iskandar, 80990 Johor Bahru, Johor.
Ruang Bicara
Terkini
3-latest-65px
Makluman
- Apresiasi (1)
- Kurikulum Dan Kokurikulum (9)
- Kursus (4)
- Lagu Rasmi (1)
- Majlis TAJ (28)
- Makluman TAJ (26)
- pengumuman (21)
- Program Pintar Alquran (1)
- Punca Kuasa Penubuhan (1)
- Sejarah TAJ (1)
- Senarai TAJ Satu Negeri (1)
- sukan taj (1)
Kategori
Carian
Popular
-
SENARAI NAMA TADIKA AGAMA JOHOR 2023 DAERAH JOHOR BAHRU TAJ SA Dato' Abdullah Esa (Jalan Masjid, Kampung Melayu Majidi) TAJ SA T...
-
Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran Tadika Agama Johor Kali Ke-15 telah berlangsung pada 18 Disember 2025 lancar dan penuh bermakna pada...
-
Impian Emas, 16 Ogos 2025 – Tadika Agama Johor Impian Emas telah meriah dengan penganjuran Fun Run sejauh 1.5km bersempena Majlis Pelancara...
Komen
3-comments
Arkib
- April (1)
- December (5)
- August (1)
- July (3)
- June (5)
- May (1)
- March (1)
- February (1)
- December (1)
- October (2)
- September (1)
- August (2)
- June (2)
- May (3)
- June (2)
- February (5)
- July (1)
- January (2)
- July (1)
- April (1)
- March (2)
- November (2)
- July (2)
- June (1)
- May (1)
- January (1)
- November (1)
- June (1)
- February (1)
- November (1)
- October (1)
- June (2)
- February (2)
- January (8)
- December (1)

No comments:
Post a Comment