Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran Tadika Agama Johor Kali Ke-15 telah berlangsung pada 18 Disember 2025 lancar dan penuh bermakna pada tahun 2025 bersamaan 1447 Hijrah.
Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi dengan kehadiran wajah-wajah comel seramai 925 orang pelajar tadika agama daripada 217 buah tadika. Lebih membanggakan, penyertaan ini melibatkan tadika dari 10 buah negeri di bawah Kerajaan Negeri Johor – satu pencapaian yang cukup memberangsangkan!
Suasana majlis terasa begitu tenang dan menyentuh hati apabila anak-anak kecil ini bersama-sama menyempurnakan bacaan khatam Al-Quran. Walaupun masih di usia muda, kesungguhan dan keyakinan mereka jelas terpancar, hasil bimbingan para guru yang penuh sabar dan dedikasi.
Majlis ini turut diserikan dengan perasmian oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, yang melambangkan sokongan berterusan pihak jabatan terhadap pendidikan Al-Quran di peringkat awal kanak-kanak. Kehadiran ibu bapa, guru-guru serta warga tadika menjadikan majlis ini lebih meriah dan bermakna.
Majlis berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari, meninggalkan kenangan manis buat semua yang terlibat. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam melahirkan generasi Al-Quran yang bukan sahaja pandai membaca, malah mencintai dan mengamalkan ajarannya sejak kecil.
Untuk pautan gambar, boleh klik di laman sesawang berikut :MKQTAJ Kali ke 15 Tahun 2025/1447


No comments:
Post a Comment