Pendidikan
yang sepadu dan seimbang yang menekankan aspek penggabungan diantara
pembentukan akal, rohani, jasmani dan emosi serta sosial adalah asas kearah
melahirkan manusia yang sempurna serta diyakini mampu dan berupaya menguruskan
diri, keluarga dan masyarakat dengan baik seterusnya dapat meraih hasanah
didunia dan diakhirat.
Ledakan
teknologi maklumat membawa bersamanya cabaran pada dunia kanak-kanak di
prasekolah. Bagi menghalang pengaruh yang negatif menular kepada mereka,
sewajarnya pendidikan prasekolah dirancang seawal mungkin agar proses
pembesaran mereka diselubungi oleh persekitaran yang bersih dan sihat dari segi
agama dan sosial.
Perkembangan
ini menuntut kebijaksanaan seluruh barisan dan angkatan para pendidik melakukan
muhasabah terhadap amalan pendidikan selama ini. Justeru itu, Y.A.B Menteri
Besar Johor telah mengisytiharkan akan pelaksanaan program pendidikan
prasekolah ini dalam sistem pendidikan Sekolah Agama Kerajaan Johor bermula
tahun 2001.
No comments:
Post a Comment