Punca Kuasa Penubuhan TAJ


Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor di mesyuaratnya pada 8 November 2000 telah menimbangkan Ringkasan Mesyuarat Bil: 2239/2000 iaitu Kertas Bil. (2) dalam fail ini. Majlis bersetuju bagi melaksanakan Program Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Agama Negeri Johor sebagaimana dibutirkan dalam kertas J/HEA: 47/B/2000.
Majlis juga bersetuju yuran yang dikenakan kepada setiap murid adalah sebanyak RM 40.00 sebulan.
Majlis seterusnya bersetuju pakaian prasekolah bagi lelaki hendaklah berbaju melayu berwarna putih  dan bersamping warna merun.
Majlis selanjutnya bersetuju perbelanjaan emolumen kepada guru (kontrak), Pekerja Rendah Am (PRA) (Kontrak) dan Pembantu Tadbir (Kontrak)hendaklah dibiayai melalui kutipan yuran yang dikenakan.
Majlis bersetuju Program Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Agama Negeri Johor ini diberi nama “TADIKA TAJ”.

No comments:

Post a Comment