IHTIFAL ILMI TADIKA AGAMA JOHOR DAERAH BATU PAHAT 2025: MENCORAK GENERASI RABBANI


Mencorak Generasi Rabbani

Tarikh: 24 Jun 2025 (Selasa)

Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang

Tempat: Sekolah Agama Kampung Istana, Batu Pahat

Perasmi: Ustaz Hasni Basri Bin Omar

(Ketua Penolong Pengarah Unit Naziran, Jabatan Agama Johor)

 

Ihtifal Ilmi Tadika Agama Johor (TAJ) Daerah Batu Pahat bagi tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Jun 2025, bertempat di Sekolah Agama Kampung Istana, Batu Pahat. Program ini menghimpunkan seramai 123 orang pelajar TAJ bersama 43 orang guru, dalam satu majlis penuh warna-warni ilmu dan tarbiah.

 

Majlis ini dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan pendaftaran dan sarapan oleh semua peserta dan seterusnya pertandingan dimulakan pada jam 9.00 pagi. Turut hadir memeriahkan acara adalah Ustaz Hasni Basri Bin Omar, Ketua Penolong Pengarah Unit Naziran, yang turut menyampaikan ucapan amanat serta penyampaian hadiah kepada para pemenang.

 

Antara acara yang dipertandingkan sepanjang majlis termasuklah:

 

Tilawah Al-Quran Putera dan Puteri

Azan Subuh

Hafazan

Celik Jawi

Mewarna

 

Majlis ini bukan sahaja menjadi medan untuk menonjolkan bakat serta ilmu pelajar-pelajar prasekolah agama, malah turut menjadi platform penghargaan kepada para pendidik yang komited mendidik anak-anak generasi pewaris ummah.

 

Penutup majlis diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para peserta dan sekolah yang menunjukkan prestasi cemerlang. Semua yang hadir pulang dengan semangat baru untuk terus menyokong usaha memperkasa pendidikan Islam di peringkat akar umbi.

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat! Semoga Ihtifal Ilmi ini menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi cemerlang dunia dan akhirat.

















































































 


No comments:

Post a Comment