Bengkel Persiapan Majlis Khatam AlQuran Tadika Agama Johor (MKQTAJ) Kali ke 14 Tahun 2024/1446


Pada 10 hingga 12 Disember Unit Kurikulum Rendah (TAJ) Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor  JAINJ telah mengadakan Bengkel Persiapan Majlis Khatam AlQuran Tadika Agama Johor (MKQTAJ) kali ke 14 Tahun 2024/1446.

Antara tujuan utama bengkel ini dijalankan adalah bagi menyiapkan bahan khatam bagi tujuan kelancaran majlis yang bakal dilaksanakan pada bula Februari 2025 kelak. Bengkel ini juga bertujuan mengumpulkan serta membincangkan permasalahan dan lain-lain persiapan.

Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Mujahid bin Ahmad, Penolong Pegawai Kanan Unit Kurikulum Rendah. Diharapkan dengan penganjuran bengkel ini, dapat meningkatkan lagi mutu pendidikan di Tadika Agama Johor.










No comments:

Post a Comment