5 & 6 OGOS 2024 : PERBINCANGAN DRAF RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN GURU TADIKA AGAMA JOHOR


Pada 5 dan 6 Ogos Unit Kurikulum Rendah (TAJ) Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor  JAINJ telah mengadakan perbincangan berkenaan pembinaan draf penambahbaikkan RPH bagi guru TAJ di Pusat Kegiatan Guru Agama Daerah Pontian. Turut serta dalam perbincangan tersebut adalah Penolong pengarah, Penolong pegawai, penyelia daerah serta guru-guru Tadika Agama Johor.

Antara tujuan utama bengkel ini telah dijalankan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di Tadika Agama Johor. Dalam bengkel ini, para peserta berpeluang untuk bertukar pandangan dan idea mengenai kaedah penulisan RPH dan pengajaran yang lebih efektif.

Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Mujahid bin Ahmad, Penolong Pegawai Kanan Unit Kurikulum Rendah, yang menekankan kepentingan RPH yang berkualiti dalam menyediakan pendidikan yang lebih baik untuk kanak-kanak. Diharapkan dengan penganjuran bengkel ini, dapat meningkatkan lagi mutu pendidikan di Tadika Agama Johor.








No comments:

Post a Comment