Jumaat | 30 Mei 2025
Tempat: Sekolah Agama Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi
Pada hari Jumaat yang lalu, satu inisiatif penting ke arah kesejahteraan warga pendidik telah berjaya dianjurkan melalui Program Gaya Hidup Sihat Guru-Guru Tadika Agama Johor (TAJ) bagi Daerah Kota Tinggi. Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama erat antara Prestij dan Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kota Tinggi (PPIDKT).
Seramai kira-kira 50 orang peserta, yang terdiri daripada guru-guru Tadika Agama Johor serta Guru Besar dari Zon 4, telah menyertai program ini yang berlangsung di Sekolah Agama Felda Air Tawar 5. Kehadiran dan penyertaan yang memberangsangkan menunjukkan komitmen warga pendidik terhadap amalan gaya hidup sihat dan kesejahteraan holistik.
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan PPIDKT Ustaz Haji Sulaiman Bin Aziz , yang turut menekankan kepentingan gaya hidup sihat sebagai asas kepada kecemerlangan dalam pendidikan awal kanak-kanak Islam. Pelbagai aktiviti berkaitan kesihatan, pemakanan, dan senaman ringan telah dijalankan sepanjang program ini bagi menyuntik kesedaran dan motivasi dalam kalangan peserta.
Pihak penganjur berharap agar program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang, sebagai satu platform memperkasakan kesejahteraan fizikal dan mental guru-guru, demi manfaat jangka panjang kepada generasi pelajar yang diasuh.
No comments:
Post a Comment