PROGRAM PINTAR AL-QURAN


                      Tadika Islam Johor atau TAJ telah ditubuhkan pada tahun 2001 sementara Majlis Khatam ini pula adalah kemuncak kepada Program Pintar Al-Quran (PQ) murid-murid Tadika Islam Johor atau TAJ yang berumur 6 tahun.
                          Program ini telah dicetuskan oleh YAB Menteri Besar Johor yang lalu iaitu YB Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman pada tahun 2010 bagi memberi alternatif kepada masyarakat Bangsa Johor beragama Islam untuk menghantar anak-anak ini di peringkat Pra-sekolah yang bercirikan Islam iaitu bagi mengimbangi kewujudan Tadika-tadika swasta yang lain.
                        Anak-anak yang mengikuti program ini akan diajar dan dilatih untuk mengenal huruf dan membaca Al-Quran serta mengenal kaedah bacaan bertajwid. Mereka juga dibimbing untuk membaca Al-Quran sehingga khatam 30 Juzuk.
                         Tahun 2011 menyaksikan  seramai 316 orang murid TAJ khatam Al-Quran, manakala tahun 2012 sebanyak 512 orang murid telah khatam. Tahun 2013 sebanyak 648 orang murid telah khatam Al-Quran dan tahun 2014 sebanyak 735 orang murid telah khatam Al-Quran.
Pada akhir tahun 2015, seramai 848 murid berjaya khatam Al-Quran, tahun 2016 seramai 934 murid berjaya khatam Al-Quran dan pada akhir tahun 2017 seramai 816 orang murid telah khatam.
Peruntukan bagi majlis ini diperolehi daripada dua sumber. Pertama, daripada Peruntukan Kerajaan Negeri Johor iaitu sebanyak RM50,000.00 sejak tahun 2011. Dan yang kedua, daripada peruntukan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ).
MAIJ telah meluluskan peruntukan sebanyak RM70,000.00 pada awal pelaksanaannya. Kemudian, telah ditambah kepada RM100,000.00 pada tahun 2012 hingga 2014. Selepas itu, telah dinaikkan lagi kepada RM120,000.00 pada tahun 2015 dan tahun 2016.
Kenaikan ini adalah signifikan dengan pertambahan jumlah murid yang telah khatam Al-Quran dari tahun ketahun sebagaimana yang telah di nyatakan tadi.
Bajet bagi tahun 2017 pula, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah memperolehi peruntukan sebanyak RM120,000.00 dari sumber Akaun Amanah Fisabilillah (Kod Amanah L12171) iaitu Tabung Amanah daripada sumber MAIJ dan RM50,000.00 dari sumber PKN (Kepala B21 Aktiviti 200100 SODO 29000).

No comments:

Post a Comment