Subscribe:

Kenali Kami

Program pendidikan Prasekolah Tadika Agama Johor ( TAJ ) merupakan satu program pendidikan yang menitik beratkan perkembangan murid secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang sebagai persediaan diri untuk menghadapi alam persekolahan. Mula diasaskan pada tahun 2001 dan beroperasi di beberapa buah sekolah Agama Kerajaan Johor yang terpilih

Monday, December 20, 2010

Matlamat TAJ

Matlamat pendidikan TAJ adalah untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek pertumbuhan dan perkembangan diri secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu yang meliputi aspek jasmani, emosi, intelek dan sosial.

Objektif TAJ

  • Memupuk semangat cinta dan sayangkan agama, bangsa dan negara.
  • Memupuk kemahiran asas membaca Al-Quran dan menulis jawi
  • Menghormati dan menggunakan Bahasa Melayu dengan baik sebagai Bahasa Kebangsaan
  • Memperkenalkan Bahasa Arab sebagai Bahasa Al-Quran dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
  • Memupuk kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
  • Membentuk konsep diri yang positif serta memupuk semangat bergaul, disamping menghormati dan menghargai hak dan kebolehan orang lain

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Tadika Agama Johor (TAJ)