Sekilas Info

Matlamat TAJ

Matlamat pendidikan TAJ adalah untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek pertumbuhan dan perkembangan diri secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu yang meliputi aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek.
Melaksanakan program Pintar Al Quran bagi membolehkan pelajar 6 tahun dapat mengkhatam bacaan 30 juzuk Al Quran.

Objektif TAJ

1) Memupuk semangat sayangkan agama, bangsa dan Negara.
2) Mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian.
3) Menghormati dan menggunakan Bahasa Melayu dengan baik sebagai bahasa kebangsaan.
4) Menggunakan Bahasa Inggeris dalam berinteraksi seharian selaras dengan kedudukan sebagai bahasa kedua.
5) Menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa Al Quran dalam bahasa komunikasi ketiga.
6) Mempunyai kemahiran asas pada tulisan jawi, pada huruf hijaiyah dengan baik.
7) Membentuk konsep diri yang positif, memupuk semangat bergaul, hormat menghormati dan menghargai hak dan kebolehan orang lain.
8) Mengembangkan perasaan ingin tahu serta mengembangkan estetika dan daya kreatif.
9) Mendedahkan di peringkat awal asas Kurikulum Standard Sekolah Agama Kerajaan Johor.

Penutupan Pendaftaran Sesi 2020





Assalamualaikum
Untuk makluman, Pendaftaran Tadika Islam Johor bagi sesi 2020 telah ditutup pada 31 Oktober 2019, untuk sebarang maklumbalas, maklumat, pertanyaan dan tindakan boleh berhubung dengan pihak sekolah yang berkaitan

Terima Kasih

Pendaftaran Tadika Islam Johor (TAJ) Sesi 2020

.....السلام عليكم....

Pendaftaran Tadika Islam Johor (TAJ) 2019 akan dibuka pada 1 Julai 2019 hingga 31 Oktober 2019 borang pendaftaran boleh didapati disekolah yang mempunyai Tadika Islam Johor sahaja, TIADA borang online disediakan dan pada waktu pejabat sahaja

Sekian, terima kasih
 
Home

Copyright © 2009 Tadika Islam Johor (TAJ) |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.